TIPS DAN INFO

WANITA DAN BEG TANGAN

Mengikut satu kajian oleh saorang penyelidik dari Britain wanita  di seluruh dunia merasa lebih seronok  apabila dapat membeli belah terutamanya jika dapat membeli sebuah beg tangan.  Keseronokan ini lebih dirasai berbanding apabila membeli kasut, barang kemas, atau lain lain barangan wanita.


Satu dalam empat wanita di Britain berkata mereka merasakan gembira dan seronok apabila membeli beg tangan berbanding apabila membeli barangan lain, contohnya  membeli  summer dress,  jeans atau  produk kecantikan

Memang betul… bila kita shopping dapat pula barang yang kita suka memang rasa puas sangat..rasa puas yang tak dapat nak bagitau macam mana..
Wanita memang sangat suka dengan aktiviti membeli belah. Pantang jer ada pesta jualan murah di pusat membeli belah, pasti  akan ke sana.
Mengapa wanita suka membeli belah? 
Sebabnya shopping adalah satu aktiviti yang cukup menyenangkan lagi menggembirakan kaum hawa.  Shopping bagaikan memberi satu kepuasan dimana  ianya di ibaratkan dapat menyelesaikan segala masalah yang kusut dikepala dan juga boleh menghilangkan stress ….tetapi ini adalah bersifat sementara.
En. Dermot Dennehy jurucakap “Daily Express”  berkata “Semua orang tahu bahawa wanita suka membeli-belah tetapi lebih menarik lagi jika kita  tahu apakah barangan yang akan membuat wanita lebih gembira dan seronok apabila dapat membelinya” :




                
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...